Thursday, August 30, 2012

Resepi Sardin Sambal Sempoi

Salam semua,

Alhamdulillah sy masih meneruskan puasa 6 yang ketiga harini. anda camna? insyallah masih sempat lagi nak puasa ni...

harini sy nak share resepi Sardin Sambal Sempoi... Maaf la saya tak letak pic sbb tak smpt nak snap smlm.

Bahan-Bahannya: (2-4 orang makan)

1 tin sardin ayam brand - tin besar

2 sudu besar cili boh/cili kisar

2 ulas bwg putih dan 4 biji bawang merah - dikisar

sebiji cili padi - diketuk

seulas bawang besar - dipotong bulat

1 sudu besar asam jawa extra adabi

sedikit gula - jika pedas letak lebih

Garam secukup rasa - jgn bnyk sgt

lada sulah - secukup rasa

air setengah cawan - kalau kuah banyak tak perlu letak

Cara-caranya:


1. Goreng ikan sardin sahaja (asingkan kuah) dahulu dlm 2-3 minit, dah garing angkat.

2. Tumis cili kisar, bwg merah dan bwg putih kisar sehingga pecah minyak.

3. campur asam jawa,garam,gula dan lada sulah dalam sos tadi.

4. dah masak, masukkan ikan sardin dgn sosnya dan gaul bersama. masuk air sikit kalau terlalu kering.

5. last skali, masukkan cili padi ketuk dan bawang potong bulat.

Dah siappp! Sempoi kan? Bahan-bahan sy guna senang dan sgt simple sbb tak smpt nak cari yg lain2 hehehe

Tempoh masak : 15-25 minit

Tuesday, August 28, 2012

Resepi Begedil Daging Sempoi

Salam semua,

Selamat Hari Raya saya ucapkan pada semua. lama tak menulis dlm blog ni sbb sibuk beraya...memasak pun kurang sbb dok g open house sedare mare dan sahabat2... :)

insyallah, harini sy nak kongsi satu resepi yg senang juge, begedil daging sempoi... satu lagi resepi dr mak saya...tq mak!

Bahan-bahannya: (untuk 5-6 orang makan)
 4 biji ubi kentang - ambil yg besar, buang kulit yer.
daging ramly (kisar) - ambil sekeping * ramly dah jual dlm packing baru, bukan dalam bentuk bulat2 lagi
2 biji bawang besar - hiris nipis
3 sudu garam
3 sudu lada hitam
setangkai-dua daun sup
3 biji telur - dipukul
minyak untuk menumis

cara-caranya:

Buang kulit ubi kentang. potong sederhana tebal dan goreng dalam kuali sampai kuning.

then, angkatkan. lenyek ubi tadi. (tp jgn la hancur sgt, biar ade ketul2 skit)

then, basuh daging kisar tadi dan goreng jugak dia. dan nmpk masak bole angkat. then goreng pulak bawang yang dihiris tadi. sambil tu, potong daun sup kecil2.

lepas tu, campurkan daging goreng, daun bawang dan bawang goreng dan gaul dengan ubi lenyek tadi. masukkan lada hitam dan garam dan gaul sampai sebati.

lepas tu, boleh la buat bentuk bulat2 ka...kecik ka...besaq ka...gemuk ka... ikut suka.

then untuk menggoreng, pukul telur dan celupkan begedil yang dah dibentuk tadi dalam telur tadi. minyak kena panas betul2 baru gorengkan dia semula.

then,goreng je begedil tu. dah nampk kuning, bole angkat dan dah siap!!!

senang kan? sy makan begedil ni,dgn nasi panas dan kicap cukup je jah hehehe


masa memasak - 30-45 minit.


Wednesday, August 15, 2012

Resepi Mee Kuah Mak aku sempoi....

Salam semua,

harini saya bukannya mengulor, tp mmg agak rest skit kat opis. so ada banyak masa nak menulis dlm blog ni,sambil share2 resepi. Ini bukan menu berbuka, tp mungkin akan difikirkan juga dgn baki puasa 3-4 hari lagi :)

ini resepi fresh sy blaja dari mak, dan mmg sgt senang. resepi ni yg jadi semangat utk sy masak utk mr hubby, dia pun suka hehehe

so, saya nak share resepi Mee Kuah Mak Aku Sempoi ye hehehehe


Pic dari FB mr Hubby... rasanya masak 2-3 bulan lepas untuk dinner

Bahan-bahannya: (2-3 orang makan)

Mee kuning - separuh paket
Ayam dipotong kecil - 100 gram atau lebih
Udang M/L/XL - buang kulit dalam 10-20 ekor (nak bnyk lg besttt)

1 sudu besar cili kering/cili boh kisar
2 ulas bawang putih - diketuk je
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1 kiub ayam - apa2 brand
2 sudu kicap mee
kicap manis kipas udang - kalau nak hitam, tambah lebih
2 cawan air - boleh lebih kalau nak banyak kuah
taugeh/sawi/carrot - mana2 pun ok
cili merah - dihiris tebal
1 sudu teh garam

hiasan : daun sup/daun bawang/bawang goreng - ikut suka

Cara-caranya:

Tumis bawang putih, lepas tu tumis cili kisar tadi sampai naik bau.

lepas tu, masukkan ayam dan udang, tumis sampai separuh masak.

masukkan, sos cili, sos tomato, kiub ayam, kicap mee, kicap kipas udang,garam dgn air dalam kuali. kacau sampai masak. kalau kuah pekat sgt, tambah air. kalau takde kuah, tambah je air. kalau kurang hitam, tambah kicap.

sebelum angkat kuah, campurkan taugeh/sawi/carrot dan cili merah tadi sbb tak nak layu sgt. last sekali, barulah masukkan mee dlm kuah. kacau sekejap je sbb tak nak mee kembang sgt.

then, taraaaaaaaaaa! hias mee dgn bahan-bahan hiasan dan lada sulah (kalau nak)

masa memasak : 20 - 40 minit.

Sedap dimakan ganti nasi masa berbuka atau sebagai pembuka selera, Boleh juga buat untuk open house, senang, cepat dan takde banyak brg2 yg kena disediakan. Mr hubby pun kata sy kne standby masak ni bila org dtg rmh nanti, hehehehe siapp boss!!

Selamat Mencuba ye!!!!!!!!!!!!










Tuesday, August 14, 2012

Resepi Ikan kerapu 3 Rasa Sempoi

Salam semua.

Alhamdulillah...dah masuk 26 hari berpuasa. cepatnya masa berjalan kan? semoga amal ibadat kita diterima Allah, lebih-lebih lagi dalam bulan penuh berkat dan pengampunan ini.

hari ni, saya nak share lagi menu berbuka saya semalam. Thanks to Puan Nadiya, rakan sepejabat yg sudi berkongsi resepi yang pernah saya buat dulu tp tak berapa nak jadi. so, sempoi je resepi ni, saya nak share dgn kwn2 ye...

Ikan Kerapu 3 Rasa - Menu Berbuka 14 Ogos 2012 - Selasa

Bahan-bahannya:

Seekor ikan siakap/kerapu/kembong - ikut suka anda ye!
Garam - dilumur pada ikan
Tepung jagung

Sos:
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
3 biji cili padi - dipotong kecil
3 helai daun limau purut

1 sudu besar cili kering/cili boh kisar
3 sudu besar cili sos
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan - (takde pun takpa)
1/2 cawan air
nenas masak/nenas dlm tin - buang air
sebiji tomato - dipotong dadu (optional je)
setengah batang karot - dipotong dadu (kalau nak je)
sebiji bawang besar - potong bulat
satu sudu teh garam
satu sudu teh gula

Hiasan: (takde pun takpa)
Salad
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
cili merah - dihiris

Cara membuatnya:

Lumur ikan dgn tepung jagung & garam. goreng dalam minyak panas sampai garing. sy suka sampai garing betul2 hehehe

Untuk sosnye, simpan balik minyak ikan tadi, tinggalkan dalam 3 sudu then tumis bawang merah,bawang putih dan halia yg dihiris tadi. then bila dah naik bau, masukkan cili kisar,sos cili, sos tiram, sos ikan, air dgn garam dan gula. lepas dah agak masak, masukkan pula daun limau purut dan cili padi. seterusnya masukkan karot, nenas dan tomato. kalau rasa pekat sangat, tambah je air ye.

Lepas tu, siap daaaaa! bolehla hias dgn salad dan bahan-bahan hiasan lain.

Jangkamasa masak : 15 - 30 minit je!

Simple je kan? paling penting, masakan ni mesti ada nenas, kalau tak, kurang la rasa 3 rasanya ye. hehehehe


selamat mencuba :)




















Monday, August 13, 2012

Resepi Daging Masak Kicap Sempoi

Salam semua,

Alhamdulillah...dah masuk 25 hari kita berpuasa. Semasa awal2 puasa,saya mmg malas sikit nak masak sbb teruja membeli di bazar. tp dah lepas 2 minggu puasa, naik bosan nak membeli. sebab memikiokan bila lagi nak mula masak2 yg serius utk mr hubby :)


Menu berbuka - 13 Ogos 2012 Selasa

Jadi harini sy nak share resepi yg sy dpt dari mak yg sy rs sgt mudah nak buat dan tak memerlukan bnyk sgt bahan.Sy masak pun guna apa yg ada di dapur je,so kwn2...ini resepinya ya.

Bahan-Bahan untuk 2-3 orang makan:

500 gram daging lembu - dipotong dalam bentuk mancis
3 biji ubi kentang - dihiris tebal
1 sudu besar cili kering dikisar/cili boh
2 biji bawang merah/besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
seiji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu kecil lada hitam - boleh tambah lagi kalau nak pedas
1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 5 buah pelaga, 2 bunga cengkih
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
3 sudu besar kicap mee
kicap kipas udang - saya tak sukat, nak hitam letak banyak, tak nak hitam, letak skit je :)
sebiji tomato - potong 4
3 cili hijau / sebiji capsicum
setengah batang karot - hiris tebal - takde pun takpa
2 sudu kecil garam
1 liter air

Cara-cara membuatnya:

Tumis cili kering, bawang besar kisar, bawang putih kisar dgn halia dalam periuk sampai naik bau. 

Masukkan air dalam periuk bersama daging yang dipotong tadi. Masukkan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 5 buah pelaga, 2 bunga cengkih, kicap mee, kicap kipas udang, lada hitam, karot, sos cili dan sos tomato. rebus sampai daging empuk, dalam sejam juga.

Ubi kentang yang dihiris tebal tadi digoreng dalam kuali lain. Lepas daging dah empuk baru campurkan ubi dalam daging tadi.( Kalau kuah nak lebih hitam, tambah je kicap)

Bila daging dah empuk, baru masukkan ubi kentang goreng, cili hijau/capsicum, bawang potong bulat dan tomato. Masuk last skali ye sbb bahan2 ni mudah lembut, kalau awal sgt nanti lembik dan hancur pulak dalam periuk.

masuk sikit garam. lepas tu, dah siap !!!

masa memasak - 1 jam - 1 1/2 jam sebab tunggu daging empuk dulu.

senang dan ringkas je kan? insyallah kwn2 pun boleh buat. sy pun berguru dgn mak utk buat masakan ni, sampai licin dalam periuk mr hubby makan hehehehe

selamat mencuba ya! dan salam aidilfitri





















Sunday, August 12, 2012

Resepi Nasi Ayam Sempoi

                                                   Menu Berbuka 9 Ogos 2012 - Khamis
Salam semua...

Amacam? teruja tak tgk nasi ayam ni? hehehehe saya mmg pebret no.1 nasi ayam. mak saya kata kalau sy tercampak kat mana2 pulau dan ada nasi ayam je kat pulau tu, sy leh hidup ;)

dah lama sy cari resepi dan tanya mcm2 org, tp ade je tak jadi. sy frust sbb sy tak tau msk pebret food sy ni. nmpk senang tp nak kne betul gaya buatnya. Akhirnya, saya dpt resepi dari akak opis saya buat nasi ayam,sip dtg umah buat lagi hehehe.... thanks a million kak sha!

so, hari ni sy nak kongsi cara buat nasi ayam sempoi yg amat sempoi... insyallah kwn2 pun boleh buat punye ... :)

Bahan-bahannye :

Bahan A: (UNTUK PERAP AYAM)
 Ayam setengah ekor - yang dah direbus ye
3 sudu besar cili kering yang dah dikisar/cili boh
3 biji bawang besar/bwg merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
kicap manis

Bahan B: (Sup Ayam)

1 sup bunjut
1 kiub ayam - apa2 brand
2 biji bwg merah/besar, 3 ulas bwg putih, 3 inci halia - dihiris
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih
karrot / batang saderi etc
ibu kentang - kalau nak
daun sup
daun bawang
kaki ayam/tengkuk ayam - untuk lebih rasa sup, taknak pun takpe

Bahan C : Untuk buat nasi

Beras - 2 pot
3 sudu mentega/margerin
1 btg serai diketuk
2 inci halia - diketuk
seulas bwg putih - dihiris
sebiji bawang merah - dihiris
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih
Air rebusan ayam - 4 cawan - lebih kurang

Garam secukup rasa
Bawang goreng - hiasan
tomato/salad/timun - untuk makan dgn nasi ayam.

Bahan D : SAMBAL KICAP

Bahan-bahan untuk memerap ayam tadi jangan dibuang. bahan-bahan itu dimasak atas api dan boleh jadi sambal kicap. hmmmm nyum nyum!


Cara-caranya :

Kita kena rebus ayam dahulu.

Jadi, dalam periuk, tumis, bwg merah, bwg putih dan halia hiris serta 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih sehingga naik bau. then masukkan air dalam 1-2 liter ikutlah kalau nak banyak, tambah lagi. masukkan kiub ayam serta sup bunjut. then masukkan ayam mentah tadi dgn kaki dan tengkuk ayam.

rebus dalam 15 minit, lepas tu angkat ayam. bahan-bahan untuk memerap ayam dicampur dahulu, kemudian lumurkan pada ayam yang dah direbus tadi. peraplah dalam setengah jam ... lebih umppph!

then sup tadi, selepas ayam dikeluarkan, masukkanlah carrot dan ubi kentang dan tunggulah sampai masak. masukkan garam juga ye.

Ayam yang dah diperap tadi, gorenglah dalam minyak panas. goreng pun jgn sampai hitam sangat sbb ayam td dah direbus. so sedang2 aja ya!

Then, untuk buat nasi, basuh beras dan toskan airnya.  tumis 3 sudu mentega/margerin dgn 1 btg serai, 2 inci halia , seulas bwg putih , sebiji bawang merah dan 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih sehingga naik bau. Then, bahan-bahan tumis tadi masukkan dalam periuk nasi bersama beras yang dah dibasuh tadi. Gaul rata. Minyak dr margerin td masuk je tau untuk lagi rasa nasi hehehe. Then, air sup td ambil dalam 4 cawan then masuk dlm periuk nasi. then, boleh masak nasi!

untuk sambal, lebihan bahan-bahan memerap ayam dimasak atas api untuk jadi sambal kicap.

Then, tgu sup masak sampai kaki ayam lembut, lepas tu campur la daun sup dan daun bawang serta bawang goreng utk bau harum... nasi ayam pun dah siap...

sedap dimakan masa panas.

Masa membuat - 45 minit - 1 jam :)

kwn2 boleh cuba ya. selamat berpuasa.













Thursday, August 9, 2012

Resepi Bubur Nasi @ Moi Sempoi ....

Salam semua...

Dah lama tak menulis blog... baru perasan yg blog sy 'kurang jiwa'... hehehe mungkin bnyk sgt pikio hal dunia...so sy ingat lepas ni sy nak menulis psl masak2...utk menyuburkan lagi semangat memasak sy yg agak 'kureng'... lepas kawen ni lagila sy kne rajin sbb hubby suka makan dan dia lg prefer air tangan sy yg masak...so kne polish la skill memasak ni... :)

saya suke blaja masak dari pemerhatian...dan suke gak mintak resepi dr kwn2 dan intai2 resepi dr blogger lain... then alter skit2 ikut mana yg senang ... sbb sy suke guna ape je yg ade kat dapur dr nak g kedai beli... kdg2 malas gak benornye so resepi org tu sy main tukar2 gak ikut suke ati... and of cos, sy blaja masak dr mak sy sbb mak is d best chef in d world hehehehe

konsep masak - janji sedap hehehe sebab ikut petua hubby , cukup garam gula,sedap le masakan. so, memikiokan hubby agak 'high taste' gak dr segi rase, so sy suke msk2 yg simple2 je janji sedap.... slalu gak tak bape sedap tp nsb bek die makan je hehehehe

So, Resepi yg sy nak kongsi harini ialah Bubur Nasi/Moi. Saya tak penah buat pun, first time buat so caranya sy ambik kat blog dan tanya mr hubby sbb dia pandai gak masak2... so kwn2, ini bahannye ye:



Menu Berbuka - 9 Ogos 2012 (Khamis)
Bubur Nasi @ Moi Sempoi

Bahan A:

Nasi - 1 pot - cukup untuk 4 orang makan
Air - 1 liter +++ (banyak pun takpe)
Halia Hiris/hancur - 2 cm (nak banyak pun ok)
Ayam /Daging - 100 grm potong kecil (nak lebih pun boleh)
Kulit Kayu Manis (1), buah pelaga (2-3 biji), bunga lawang (1), cengkih (2)

Bahan B:
Serai sebatang - diketuk
Karot - potong dadu/kecil
Ubi kentang - potong dadu/kecil (kalau nak)
Lada sulah 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Hiasan - daun bawang, daun sup, bawang goreng, ikan bilis goreng (kalau ada)

Cara-caranya:

Rebus Bahan A sampai la jadi bentuk bubur.Kalau tak cukup air, tambah je.(Kalau kebetulan masak sup, air sup boleh campur dalam bubur, lagi best!) Api kecil je.

Lepas dah nampak lembik, masukkan Bahan B dan rebus sampai bubur masak.

Dah masak, boleh hias dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng, ikan bilis goreng kalau ada. Kat rumah saya mmg ada stok bwg goreng dgn ikan bilis goreng hehehe

Then....taraaaaa.... Dah boleh makan!!!

Masa memasak - 30 minit - 1 jam (ikut og daaaa)


Selamat Mencuba!