Sunday, July 20, 2014

Resepi Mee Udang ... sedap dan cepat :)


Assalamualaikum semua,

Harini saya nak kongsi satu resepi buat mee udang yang senang, cepat dan mudah nak buat, saya dapat resepi ini dari http://aziejaya.blogspot.com.  Ini percubaan kedua saya buat resepi mee udang, sbb rindu sgt nak makan mee udang Mak Jah Kuala Sepetang yang memang best giler di Taiping, nak pegi makan kat sana selalu tak dapeklah hehehe 

Kalau dapat makan kat sana pun, harganya agak mahal ye kalau setakat sorang2 boleh le tp kalu ramai-ramai, kopak gak rasanya. 
Sila tengok harganya ye... adoiiiii
Ini bahan-bahannya, saya copy paste dari owner asal tapi sy ubahsuai jugak sikit nak cover bahan yang takde ;) Terima kasih kak azie atas resepi yang sedap sgt. 


Mee Udang Sedap (Versi Putrajaya)
Resepi asal dari: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit (sy letak 10 ekor & saya tak buang kulit)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah (sy ganti dgn 1 sudu besar tomato puree sebab tetiba tomato habis hehehe)
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa (sy guna lada sulah)
sos tomato (sy guna 2 senduk)
sos cili (sy guna 1 senduk)

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

Suami sy suka, makan sampai bertambah-tambah :)



5 comments:

Mas Ayu Mohamad said...

Kuah tu utk berape org mkn ye

wafa said...

mas ayu ... kalau sukatan macam ni 4 orang makan pun ok

ela said...

Aduiyai sedapnya nampak.. udang tu sgt la menyelerakan.. heheh

Anonymous said...

Bestnye suami awak suke mkn ni...ni bkn taste my Hubby :( but I love mee udang! Tp xkn nk msk mkn sorg kan x best :( Beruntung sgt klu hubby x memilih mknn...

Admin Buat-Duit-Lumayan said...

taw xpe... actually memasak ni senang je. dulu sy x suka memasak. bila dpt bidang chef. alahaii... senang upenye. hehe